Wednesday, June 4, 2014

FRAME NESCAFE GOLD

Frame nescafe Gold didatangkan dengan 2 warna black n brown... sekejap je offer dalam group dlm fb NesCafe/Milo.. habis licin kene bedal.. sampaikan stok sendiri pun dah tak de... so didatangkan dengan leather pada bahagian hadapan dan baldu pada bahagian belakang.. so jual murah2 je sebb nak clearkan brg dalam bilik.. kira untung la sape yang ambik.. Mula2 ingat nak angkat banyak2 sebb nak gantung gambar family kat ruangan sudut dalam rumah.. tp wife kata jgn berlebih2han letak gambar.. so terpaksalah dibatalkan hajat 2.. 


Nescafe Gold

x banyak pun stok.. ada lah berbelas keping.. semua kene sapu dah..

Sunday, June 1, 2014

BALDI ICE NESTLE

menulis dan menulis... jalan2 ke sebuah pasaraya besar untuk menjejaki promosi minuman pemanis ni.. yang ada hanya beg coke buy 4 free 1. terus melangkah dan ternampak dari jauh satu promosi yang berlainan. terus menghampiri dan terlihat promosi ni.. terkam la satu dulu.. huhu



ni dia. Taraa!!! bekas ice keluaran nestle. nampak menarik untuk koleksi milo & nescafe. Hanya beli minuman tin nestle milo atau nescafe.. BUY 3 free 1 baldi.. Dapatkan segera sebelum kehabisan stok.


Friday, May 30, 2014

COCA COLA PUNYA CITER

lama x menulis dalam ruangan ni. Tahap kemalasan untuk memblog mpgaruhi segalanya.. ni citer hari ni..
beratur hatar barang kat tesco.. nampak mynews singgah. dpt keychain. buy 2 bottle air free 1 keychain.. minta lebih dpt seketol. kira beli seketol dpt sketol. jd la. balik rumah baru nak lepak2.. anak untie call.. ada poster coke 3 keping.. nak tak.. uii.. mestilah nak.. start kete terus ambik.. brg lain ada.. x ada.. mgkin x ada rzki.. sebb aku dah sapu banyak beg coke dia.. hehe..
 keychain coca cola. 

sorak bersama

kini dalam botol gelas

Antara barang yang kusapu bln lepas

Friday, September 27, 2013

JAM NESCAFE

yes.. dapat juga akhirnya.. bolehlah dari tak ada walaupun dapat dalam keadaan jam dia sudah tidak berfungsi.. dulu pernah deal harga ngan seorang mamat ni.. harga mula2 dia nak bg RM150.. macam mahal je. kalau g memburu ke kedai2 makan mesti dapat harga lagi rendah dari ni.. tapi nak memburu kalau jumpa memang rezeki,  kalau tak.. memang kempunan la.. 2nd date dia bg RM130.. pun aku masih tak nak.. hehe..



kebetulan baru2 ni mamat ni ada post dlm group nes.. so Alhamdulillah harga dia bg memang harga yang aku rasa aku mampu untuk miliki.. so terus lock n deal dgn harga RM80 siap pos.. TQ bro.. saya beli..

Dapat je benda ni,  pertama yang aku pikir nak bagi jam ni berfungsi kembali.. kebetulan tempat kerja aku ada jam, terus aku ambik dan gantikan motor jam ni.. syukran.. memang brand jam ni pun dari kilang yang sama.. dapat gak jam ni berfungsi kembali, mcm ada 1 nyawa baru..

Sunday, September 15, 2013

JUBLI EMAS MUZIUM NEGARA

JUBLI EMAS
Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Muzium Negara Ke-50. Muzium Negara telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail.

SUMBER: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press_all&ac=2872&lang=bm#I

31 hb dapat tahu mengenai pengeluaran coin card, 2 hb beratur depan BNM JB untuk mendapatkannnya.. dapat la 10 pcs..

Friday, August 16, 2013

COCA COLA PICNIC BAG

Bravo!! bravo!! terbaik la coca cola.. baru best dapat koleksi coca cola macam ni.. so promosi ni sebenarnya sebelum hari raya yang lepas.. ada juga jeling2 kedai area johor ni.. tapi tak jumpa.. adui ingatkan macam nak melepas je beg picnik ni.. ada gak tengok dalam FB, ada collector 2 jual RM 60 siap shipping.. ish.. limited ke apa barang ni.. macam susah je nak dapat.. kalau harga macam 2 biar la dulu..
Selepas balik dari kampung so macam biasa la, g survey kedai2 yang berpotensi tinggi ada promosi ni.. so memang rezeki la.. kedai yang aku tapau tray coca cola  dulu ada promosi ni.. so apa lagi.. ku angkut la juga 1/2 dozen.. syukran.. dapat gak aku beg ni..

coca cola

besar gak beg ni.. boleh dah nak g picnic..

boleh dilipat

boleh simpan dah ni.. 

Monday, July 22, 2013

erm rasanya cukuplah ada sekeping duit Rm 1 sign ali abul hassan ni.. ni pun kalau diikutkan nilai baru RM1 sahaja, tapi untuk colector2 kalaulah duit ni dijumpai di dalam edaran memang rezeki terpijak la. kalau yang bukan clector duit lama mungkin mereka sendiri tidak perasan tentang kewujudan duit RM 1 ni.. so duit ni dibeli pada penghujung tahun lepas, nilai duit ni pun boleh tahan.. boleh dapat berkeping2 duit rm 100.. agak2 berapa keping yekk?? kalau ditukarkan dengan rm 100?..