ABOUT ME

Alhamdulillah, sebenarnya blog ni memang dah lama wujud pun.. cuma tak reti nak jadikan ianya sebagai  blog yang baik.. tapi tak pe, blajar dari pengalaman lebih baik dari tak jadi langsung.. huhu.. sebenarnya aku ada lagi 1 blog, kira yang kedua la.. yang kedua ni aku buat macam mudah plak.. tapi tak cantik mana seperti blog2 orang lain.. aku ni kira tahap amatur je.. tak pun tahap budak2 sekolah rendah baru nak naik sekolah menegah.. huhu.. kepada yang berminat dengan Koleksi duit lama.. bolehla, layan blog aku yang ke dua 2.. di http://koleksiduitmalaysia.blogspot.com/.. tak perlu bayarpun untuk melihat.. semuanya sekadar hobi semata2.. dapat secara sedikit mengetahui mengenai sejarah matawang..

Kalau nak diikutkan, memang banyak hobi yang aku buat... InsyaAllah sekiranya diberikan kesihatan dan kekuatan akan aku masukan sebahagian dari hobi aku. Ye la, bukan sekadar apa.. hanya sekadar info untuk anak-anak muda menghargai masa yang terbuang.. Walaupun duduk menghadap komputer, sekurang2nya mereka boleh membaca artikel orang lain dan menjadikan pengalaman orang lain sebagai pengajaran..

Sekurang2nya blog yang aku buat ni diharap dapat memberikan sumber inspirasi khususnya kepada diri aku sendiri dan pembaca2 yang lain.. mana kelemahan yang ada datangnya dari diri aku sendiri.. mana yang baik DatangNya dari Allah s.w.t. Mungkin ini adalah sebahagian perjalanan yang mungkin dapat aku kongsikan kepada kalian..