Showing posts with label KFC. Show all posts
Showing posts with label KFC. Show all posts

Friday, September 7, 2012

LIMITED EDITION DORAEMON SPORTS BOTTLE

NEW:


Hari ni budak2 aku tibai ayam KFC.. so sempat belikan 3 bucket ayam KFC ni semata2 untuk dptkan bekas air Doramon Sports ni.. Tapi duit diorg la.. sebagai upah, aku sapu la diorg punya Limited Edition Doraemon Sports bottle.. huhu.. so koleksi aku sekarang ni dah ada 4 sebb 1 aku mmg dah dapat masa raya ari 2.. so cuma lum ada colour merah je.. huhu.. Esok akan diteruskan untuk 4 pcs lagi.. harap2 dapat la colour merah esok.. 

4 je dulu..

KFC Doraemon Bottle

GYMNASTICS

REBEN BERIRAMA

APA NI?..

PING PONG

100 TAHUN SEBELUM DORAEMON LAHIR

Saturday, June 9, 2012

FIDO DIDO 7UP (KFC)

Lama rasanya tak entry post.. bukan apa busy sikit ngan kerja2 yang kene disettlekan.. Maklumlah ada lak masalah ngan rumah aku ni.. Ari jumaat minggu lepas aku balik kampung.. Maklumlah wife bukan keje macam aku, so cuti pun hanyalah sabtu ahad je.. tapi ari isnin wife aku minta cuti tahun.. so panjangla sikit aku kat kampung 2.. Isnin malam selasa 2 aku bertolak dari kg.. (Dipendekan cerita sebelum aku balik kg, aku memang ada matikan paip utama.. bukan apa, nak balik kg semua mesti dlm keadaan berjaga2..) So aku pun bukalah pili utama 2.. So masa buka pili air ni aku memang tak perasan lagi air dah mencurah2 dalam bilik 2.. So masih rileks kat bawah n siap2 makan.. so aku pun naik la tingkat atas.. mak aiii.. bilik aku dah banjir la pulak.. memang aku tak pikir apa terus matikan paip 2 semula.. kalau la aku tak matikan paip utama masa aku balik 2, mestilah dah banjir lencun rumah aku.. aduyai.. nak wat cemana dah nasib bahagian aku cam 2.. 

So 2 ari gak la aku settlekan masalah paip aku 2.. kene lak.. kawasan paip yang bocor dalam dinding batu.. terpaksalah aku menjalankan kerja2 memecahkan batu.. nak pecahkan pun makan masa.. memang tak leh nak wat apa.. kalau aku tak buat masalah tak kan settle.. Alhamdulillah.. semuanya dah ok.. cuma belum nak tampal semula je.. rasanya kene cari masa yang sesuai untuk plaster semula.. Sbenarnya bilik ni adalah bilik khas koleksi simpanan aku.. kuikui.. so sekarang ni bilik 2 dah ok seperti sediakala.. ni pun baru habiskan lap semua barang2 koleksi yang aku simpan dlm rak, semua dah berhabuk.. So apa jua yang berlaku aku kene redha.. nasib baik tak ada apa yang musnah.. huhu.. 

Entry aku kali ni nak post pasal gelas plastik Fido Dido ni.. So benda ni aku dapat kat rumah mak bapak mertuaku.. so aku tgok dalam almari.. so nampak je terus la aku sapu.. hehe.. tapi aku dah cakap ngan bini aku je yang aku nak ambik.. hehe.. So menarik kan.. X sngka memburu dirumah kdgkala mendapat habuan yang lebih baik..

7 UP
Dua lapisan
Terbaik!!
betul ke 1985 gelas ni dikeluarkan.. 
semuanya berdua.. hehe

Tuesday, May 22, 2012

COMMEMORATIVE EDITION

Jom layan entry kali ni.. 1 mug edisi khas sempena restoren KFC yang bertapak didunia sebnyak 500 unit.  so sempat gak la mendapatkan stok bendalah ni kat KFC Taman Dahlia, Pasir Gudang.. Tapi nak dapatkan benda ni kenelah menikmati terlebih dahulu ayam gorengnya.. so biar bayar lebih, janji dapat benda koleksi terbaik dari KFC.. kenapa terbaik?.. sebab? mug koleksi ini dilengkapi dengan emas 24k.. so layan.. dapat la 2, sebab g ngan wife aku tahun lepas..

Commemorative edition

ni dia mugnya..

ada 2 je.. mana nak cari lagi..

simpan dalam almari..

tulisan emas.. ada harga tak ni.. emas kan dah naik.. hehe..

jgn masuk microvave yeh..  kandungan 24k gold

secret blends of 11 herba.. apa agknya herbanya..

Thursday, May 17, 2012

KFC LAGI...

kali ni nak post simpanan koleksi aku 1 masa dulu.. so kiranya kalau ada barang koleksi menarik kat KFC mesti aku beli.. Mungkin ada diantara pembaca blog ni yang memiliki koleksi kfc ni.. so aku pun adalah salah sorang yang mempunyai simpanan koleksi tabung ni.. 1 ni aku punya, dan 1 lagi wife aku punya.. wife aku x suka simpan bendalah mi, jadinya bahagian dia aku pun sapu sekali.. so ada 2.. hehe.. 
Gambar atok..


no 11.. DROGBA.. hehe ( 11 herba)

2 je.. kalau dating ber3 mesti ada 3 tabung..

simpanan ari tua..

bnyk tul herbanya..
bini aku goreng ayam letak kunyit ngan garam je..

Friday, May 11, 2012

JAM KFc

 ENTRY kali ni masuk kepada barangan KFC.. So kalau nak dikirakan tak tau la berapa dah duit yang dilaburkan untuk makan ayam KFc ni.. Tapi kalau sekali sekala tak pe la.. kalau ari2 nak makan pun jemu gak.. Tapi aku ni dari dulu memang ada habit nak beli benda2 yang pelik2.. So kiranya aku ni bukanlah antara pengumpul2 yang ketagih dengan barang2 lama ni.. Tapi sejak dua menjak ni kegilaan aku terhadap barang2 macam ni tak dapat dibendung lagi.. mesti ada je nak diburunya.. huhu..

So ni adalah sebahagian koleksi KFC yang aku ada.. jam KFc.. 1 aku punya, 1 lagi wife aku punya.. so kira adil la.. huhu..
bahagian hadapan.


bahagian belakang

KFc

yang lampu aku punya.. yang tak hidup tak ada bateri bini aku punya..
 tapi aku rembat gak..

date, light, time.. alarm dia ayam berkokok..

 http://www.facebook.com/groups/223623757720531/