Showing posts with label SEKOLAH DAN AKU. Show all posts
Showing posts with label SEKOLAH DAN AKU. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU

Biasanya asyik Entry barang2..

so hari ni nak buat ucapan sikit khasnya kepada semua  Pendidik di Malaysia khasnya kepada guru2 aku di TABIKA KEMAS PARIT SEPADAN(Cikgu Tini & Nab), Guru2 di SK PARIT KADIR,GURU2  SEKOLAH AGAMA PARIT KADIR, GURU2 SEKOLAH AGAMA SERI KEMAJUAN, GURU2 DARJAH KHAS PARIT RAJA, GURU2 SMK TENGKU MAHMOOD ISKANDAR, GURU2 SMK TUN SARDON, PENSYARAH2 DI MAKTAB PERGURUAN TEKNIK K.L, PENSYARAH2 MPTI & PENSYARAH2 UTM dengan ucapan terima kasih kerana mendidik saya sehingga saya menjadi seorang pendidik seperti kalian. Ilmu yang dicurahkan oleh kalian akan digunakan untuk mendidik generasi pd masa ini.. TERIMA KASIH CIKGU!

Tak lupa juga kepada rakan2 seperjuangan yang berkongsi suka duka sepanjang menempuh alam pendidikan, sahabat2, rakan2 MAKTAB PERGURUAN TEKNIK 1998-2001, SK MASAI 2001-2005, UTM 2005-2008 & SMK PERMAS JAYA. SELAMAT HARI GURU.. nak tulis satu2 nama mungkin tak sempat.. huhu.. 

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
alur kesetiaanmengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
dimana-mana dia berdiri dimuka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Dibangunan tua Sekola Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
semakin terpencil duduknya di ceruk desa
semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di ulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979



Special Thanks kepada anak murid aku yang wish & bg something kat aku..
1.

tq all

Dia tahu hobby aku.. 


Simpanan keluaganya lebih 20 tahun



baucer Aeon

Wednesday, January 25, 2012

MASAK2 TING 2 2011





 








































Saturday, January 21, 2012

MINGGU 3 YANG MEMENATKAN!!

Minggu ke 3 tahun baru kat sekolah 2012 ni memang betul2 buat aku terfikir.. budak2 ni makin mengila atau diorang nak tengok aku jadi gila.. Macam2 perangai aku jumpa la minggu ni.. Kesabaran manusia memang ada hadnya..

KES 1.
Ni kisah budak "bengong" yang dah berhenti sekolah nak masuk balik..(berhenti semasa tingkatan 1 dan ni masuk semula tingkatan 1) Dah la kau menyusahkan diri kau, mak kau.. sekarang ni kau menyusahkan sekolah  pulak.. Kau sebok dulu nak kerja kan, sekejap je aku rasa kau kerja.. kenapa? tak tahan ke... kan best kerja? boleh dapat duit, beli macam2.. apa yang kau nak, boleh beli kan.. best la sangat.. nape tak teruskan keje je.. teruskan la wei.. berfikir sebelum bertindak la ...adoi.. **up*d!!
Hari Rabu 2 dia datang dengan mak dia.. merayu nak masuk semula ke sekolah. Ingat ni sekolah bapak aku ke..kalau sekolah bapak aku memang jangan mimpi la kau nak jejak semula ke sini.. berhenti bila tak nak belajar, lepas 2 merayu dengan muka seposen engkau... kalau muka kau seposen tahun 1971 tak apa la.. memang ada harga & mahal pun.. Aku ingat memang nak sembur kau ngan mak2 kau sekali.. tapi aku ni masih ada akal fikiran x direct kepada point!!  sebab mak kau ada sakit.. kalau tak dengan mak kau sekali kene.. (pelajar ni ada kes masa ting 1)--> besar punya kes & mak dia pun subahat sama.. sebelum 2 tindakan kami memang tak membenarkan pelajar ni masuk sekolah, tapi sebelum mereka beredar selepas sesi dengan unit displin mak dia rebah.. kene HEART ATTACK!! memang kelam kabut dibuatnya.. dengan nafas kuda baru lepas berlari, aku pun tak tau nak buat apa.. nasib baik la x ada apa2.. kalau tak memang kene reman la kami.. Akhirnya dengan perbincangan yang dibuat, dapat la kau masuk.. Lepas ni standby la.. aku nak bg ROTAN paling kuat kalau kau ada kes.. Tak hadir pun aku bg.. 

KES 2
Kau memang nak cari pasal kan!! kau baru je masuk tingkatan 1.. kau pikir kau ni dah kira lama ke.. Pelajar2 yang lebih berusia dari kau pun tak ada buat macam kau.. Ni kes BULI.. pelajar yang dibuli ni kira masuk lewat seminggu je.. tapi kau dah bertindak diluar kawalan.. Pelajar tingkatan 1 ni masuk lambat sikit je, kira minggu ke 2  (12/1) dia dah kene buli.. 
Pembuli :  kau pelajar barukan, aku nak duit seringgit.. 
Mangsa : x boleh
esoknya : sekali dia up lagi seringgit pada hari jumaat 2 jadi RM 2.00.. (hebat btul la)..
Isnin : up jd rm 10, hari rabu RM 20.

Kesalahan buli adalah kesalahan serius yang membolehkan pelajar tersebut dikenakan tindakan mengikut peraturan-peraturan KPM. ROTAN, GANTUNG & BUANG!!

Selain buli, pelajar ni juga ada niat dengan sengaja telah menggunakan pisau lipat untuk menakutkan pelajar tersebut.. Malangnya!! memang malang la.. satu kesan calar pada tangan manngsa buli.. So kes dalam siasatan.. Aku nak pelajar macam ni dibuang!! hukuman yang memang wajar untuk peringatan kepada yang lain2.. 

KES 3
"Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong, Lama2 mencuri"..
adoi ni kes memang terbalik dengan pantun kat atas.. dia curi dulu & kantoi baru la dia berbohong.. PUK**** la ko budak..baru je tingkatan 1.. ko ingat ko masuk tingkatan 1 ko dah besar ke.. aku letih la wei nak layan budak tak matang macam ko.. jadi la seperti pelajar men rendah.. rasanya pelajar2 yang lepas tak ada pun macam kau ni.. Tak kan aku nak bagi rembatan terhangat tuk korang yang baru naik ke tingkatan 1.. kalau aku bg rembatan terhangat 2.. tingkatan 2 aku nak bg apa lak.. tapi kalau macam ni,  confirm tak sempat la nak ko nak merasa tingkatan 2 -5 sebab kau dah cukup colect 3 surat amaran.. 
kalau ko rasa tak mampu nak beli, tak yah la nak mencuri bagai.. semua tali2 pengikat buku kau nak rembat.. Confirm pembaris banyak2 tu pun bukan kau punya.. Ko ni tak la sebesar mana pun , tapi otak kau memang ligat la.. ligat kalau kepada kebaikan tak pe, ni kecik2 jd penipu terhebat.. tak hebat mana pun.. kalau kau hebat tak kan kantoi pun.. 

KES 4
Ponteng kelas.. bagus!!.. aku suka dengar ni.. kau nak apa?.. kau nak aku panggil mak bapak kau kan.. confirm aku panggil.. Kau buat masalah kan?.. ada aku kesah.. ingat sikit la niat kau nak g sekolah.. kalau rasa tak nak belajar baik tak payah pergi sekolah..  kau nak menangis ke apa ke.. lantak kau la.. confirm surat amaran 1 yeh..

KES 5
Perangai macam budak2 la korang ni.. ko boleh pulak main tepung kat depan sekolah.. tak susah pun nak cari siapa yang main.. aku tau ada lagi yang main kat luar 2.. Alhamdulillah, semua aku dah settlekan, yang belum lg akan dicari lg lepass ni.. sedap tak rasa rotan chinese new year!!.. ko nak sambut kan.. biasa orang sambut pakai mercun... aku dapat sambut pakai bunyi dari punggung korang pun dah puas.. awal2 lagi 2.. Nama2 korang lepas ni aku masukan dalam DEMERIT tau.. yang tak tau demerit 2.. tengok2 la buku panduan 2..

Wednesday, January 11, 2012

JADUAL WAKTU BARU!!

Rasanya baru je seminggu lebih aku naik sekolah untuk tahun 2012 ni, tapi  bermula pada hari ini, kitaorg kene pakai jadual baru.. Tapi memang aku sokong jadual waktu baru ni, sebb aku sendiri yang minta penukaran subjek tingkatan dari tingkatan 3 ke tingkatan 2.. hehe..
JADUAL LAMA 
ok, yang kat atas 2 jadual lama aku.. semua sekali 21 masa.. org lain ada yang 26 masa.. sebb aku ni ada jawatan lain kene pgang, 2 yang dapat sikit la masa dari org lain.. tapi untuk jadual baru aku dapat 23 masa.. saje minta, sebb membe aku yang sama2 uruskan jawatan ni kene 26 masa... sian so aku ambik la 2 masa dia.. kalau ikutkan jadual memang aku kene ajar KH ting 3.. tapi aku malas la.. sebb aku memg dah biasa pegang class tingakatan 2 KH.. bukan aku tak nak ajar tingkatan 3, sebb sebelum ni pun aku ada pegang.. cuma aku memang malas nak pegang... haha..



JADUAL BARU
jadual baru ni ok la sikit walaupun 23 masa.. x apa saje je nak pegang kelas bnyk2 sikit.. lagipun kalau tak ada kelas kosong je jadual boring gak.. 2 masa memang aku ambik dari member aku 2.. sian dia kene ajar 26 masa.. skurg2nya ringan sikit beban dia.. jd la 24 masa.. so jadual baru ni aku kene mengajar subjek sejarah ting 3.. sebb 2 tahun berturut2 dah aku amik kelas sej ting 3.. ingatkan tahun ni nak lari.. tapi memandangkan x ada guru sejarah, sian lak membe2 yang kene pulun 5 kelas sejarah ting 3.. tangkap 1 kelas pun jd la.. huhu.. 

Semoga tahun ni akan menjadi tahun terbaiieek aku..