Wednesday, June 13, 2012

BERTAPA SEBENTAR....

huhu.. rasanya dah nak rehat dulu sesi pemburuan buat masa ni.. rasanya dah over budget sebab banyak sangat memburu 2,3 minggu kebelakangan ni.. kene pulak bulan ni road tax kete mati.. semput sikit.. Apa2 pun sebelum sesi pertapaan nak gak post hasil buruan coca cola yang keluar secara mendadak sempena euro 2012 ni..

Bermula pada 2 minggu lepas pemburuan bermula di Aeon tebrau bersama2 dengan tauke ayam http://wwwakupunyer.blogspot.com/.. kami sempat singgah di TGV cinemas untuk membeli koleksi set lengkap AVENGER yang tengah hot ditayangkan pada bulan april. Mungkin ada yang tak perasan keluarannya.. so nilah entrynya. http://edilelly.blogspot.com/search/label/TGV%20CINEMAS.. Sebelum bergerak ke TGV 2,  sempat singgah di Mynews untuk membeli koleksi tumbler coca cola 2011.. Sebab niat asal kami ke sana adalah untuk membeli tumbler yang tengah hot diperkatan.. so sempat gak la membeli 2 ketui bendalah ni..




Pada minggu lepas, 8/8/2012 pemburuan dilakukan secara solo hasil maklumat daripada tauke ayam yang menyatakan beg sejuk tin minuman coca cola  boleh didapati di giant tiram.. So masa pergi ni tanya dengan pekerja yang ada di situ.. katanya tiada maklumat mengenai beg tersebut.. hampanya.. tapi bila pergi ke kaunter pertanyaan Alhamdulillah promosi ini telah bermula dan aku tanpa membuang masa terus mengambil 2 carton minuman bergas ni. Bukan apa, alang2 nak sambut hari lebaran lagi 2 bulan ni baik aku sapu banyak2 sikit.. so hasilnya 4 pcs aku dapat. benda free so kene rmbat banyak2.. huhu.. raya ni sape datang rumah, aku jamu minuman syarikat coca cola.. hehe.. (promosi ending 16 jun 2012)


simpan dalam stor je..

Ni la dia.. 
 Ni pemburuan hari ni.. so lepas menghantar orang rumah lepak kat kedai mamak AHMAD KHAN kipmart.. keputusan hampeh.. sebab kedai ni tak ada pun promosi sticker ni.. AHMAD KHAN Permas jaya ada lah..So dalam perjalanan pulang selesai bersarapan sempat gak melihat lokasi2 kedai area seri alam.. kebetulan melalui sebuah lagi kedai mamak dan terdapat poster promosi aku singgah dan membeli 2 tin coca cola.. mamak 2 keluarkan dari pada locker dan bagi aku 3 pcs pelekat coca cola ni.. baik tul mamak ni.. ni yang nak g lagi ni.. hehe..

sebab 3 aku buka 1.. ni dia..
Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan2 blog yang telah banyak memberikan maklumat dan info mengenai kewujudan barang2 coca cola ni.. sememangnya hobi dan minat aku bermula dari duit jatuh hati kepada coca-cola.. dan sekarang aku telah sekali lagi jatuh hati kepada barang2 keluaran FREE GIFT dan apa sahaja yang aku rasa cantik untuk disimpan.. TQ all..

8 comments:

  1. wah...pukul habis nampaknya, terbaikk bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pukul slow2 juga ni bro.. kalau betul2 nak pukul kene banyak sikit.. nak raya biasanya pukul 6 carton.. tapi budget dah nipis 2 karton pun ok..

      Delete
  2. HABIS DIA BORONG.. HABISLAH COCA COLA KAT PASARAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni la masanya nak memborong.. nak tunggu world cup lama lagi.. hehe.. dlm terdekat ni nak olimpik.. rasanya apa lagi strategi coca cola untuk menghabiskan duit kita..

      Delete
  3. Gelas coca cola olimpik dari nuffnang tak nak rembat ker?..tryla ayat kaw kaw sket

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang 2 dah kira macam pertandingan.. nak kuarkan ayat2 kaw2 yang susah sikit 2.. kalau dapat memang rezeki terbaik le.. huhu.. kene hantar banyak penyertaan pun belum pasti dapat..

      Delete
  4. Replies
    1. tq.. tak sebanyak koleksi bro.. koleksi kecil2an sahaja

      Delete