Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU

Biasanya asyik Entry barang2..

so hari ni nak buat ucapan sikit khasnya kepada semua  Pendidik di Malaysia khasnya kepada guru2 aku di TABIKA KEMAS PARIT SEPADAN(Cikgu Tini & Nab), Guru2 di SK PARIT KADIR,GURU2  SEKOLAH AGAMA PARIT KADIR, GURU2 SEKOLAH AGAMA SERI KEMAJUAN, GURU2 DARJAH KHAS PARIT RAJA, GURU2 SMK TENGKU MAHMOOD ISKANDAR, GURU2 SMK TUN SARDON, PENSYARAH2 DI MAKTAB PERGURUAN TEKNIK K.L, PENSYARAH2 MPTI & PENSYARAH2 UTM dengan ucapan terima kasih kerana mendidik saya sehingga saya menjadi seorang pendidik seperti kalian. Ilmu yang dicurahkan oleh kalian akan digunakan untuk mendidik generasi pd masa ini.. TERIMA KASIH CIKGU!

Tak lupa juga kepada rakan2 seperjuangan yang berkongsi suka duka sepanjang menempuh alam pendidikan, sahabat2, rakan2 MAKTAB PERGURUAN TEKNIK 1998-2001, SK MASAI 2001-2005, UTM 2005-2008 & SMK PERMAS JAYA. SELAMAT HARI GURU.. nak tulis satu2 nama mungkin tak sempat.. huhu.. 

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
alur kesetiaanmengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
dimana-mana dia berdiri dimuka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Dibangunan tua Sekola Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
semakin terpencil duduknya di ceruk desa
semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di ulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979



Special Thanks kepada anak murid aku yang wish & bg something kat aku..
1.

tq all

Dia tahu hobby aku.. 


Simpanan keluaganya lebih 20 tahun



baucer Aeon

2 comments:

  1. selamat hari guru diucapkan untuk semua guru smk permas jaya...dari.aku n isteri (isteri aku ex guru smk permas jaya-norismaliza)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sangka jumpa dlm blog.. hehe.. TQ.. kim salam kat noris.. x sangka husband dia pun suka koleksi duit2.. slamat memburu gak bro..

      Delete